Wednesday, February 27, 2013

nak sihat??

   سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hari ni memandangkan mud fa yang baik dan berbunga-bunga, jadi fa nak review sikit pasal makanan yang berasaskan vegetarian ni.. kemain lagi kan fa ni nak pomot makanan vegetarian padahal diri sniri pun tak makan sayur.. kalau tak suka makan sayur pun boleh jadi vegetarian hape.. banyak produk yang halal dan bersih yang berasaskan vegetarian dan yang pastinya meat free.. dulu fa seniri pun tak tahu maksud vegetarian yang sebenarnya.. asal dengar perkataan vegetarian je mesti terbayangkan sayur sawi yang hijauu lagi pahit tu..ewwww.. sebenarnya makanan vegetarian ni boleh divariasikan..takla terhad kepada sayuran je.. kalau asa nak makan ayam vegetarian pun ada, daging vegetarian pun ada..pecaya tak belacan vegetarian pun ada dan fa pun dah pernah cuba belacan vegetarian.. guna buat sambal belacan dan hasilnya slruppppppp sedap hingga menjilat jari.. 

Vegetarian didefinasikan sebagai seseorang yang hanya mengambil makanan daripada hasil tumbuhan, sayur-sayuran, biji-bijian dan kekacang sahaja. Istilah vegetarian terhasil pada tahun 1947 dan pertama kali digunakan pada tanggal 30 september oleh Joseph Brotherton di Northwood villa. Vegetarian berasal daripada bahasa latin iaitu ‘vegetus’ yang bermaksud sihat, segar  dan hidup. Pada zaman purba makanan vegetarian hanya tertumpu kepada penggunaan bahan utama iaitu sayur-sayuran sahaja. Namun makanan vegetarian telah divariasikan dan diolah menggunakan tepung, kacang soya dan banyak lagi. Hasil olahan ini juga dapat membuatkan masakan vegetarian tersebut mempunyai rasa dan tekstur yang sama seperti daging, ayam, udang  dan sebagainya.

Sihat atau sakit seringkali dipengaruhi oleh gaya hidup dan pemakanan seseorang. Namun pada masa kini semakin ramai orang mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, antaranya ialah mengamalkan diet vegetarian. Terdapat banyak faktor yang mendorong seseorang untuk mengamalkan diet vegetarian. Antaranya ialah faktor kesihatan, faktor kepercayaan agama dan faktor perlindungan alam semulajadi. Melalui kajian saintifik oleh Burr & Butland pada tahun 1988, pengambilan diet yang sihat seperti memperbanyakkan pengambilan makanan vegetarian menyumbang kepada lebih banyak kebaikkan daripada keburukkan. Hal ini terbukti apabila kajian yang dilakukan menunjukkan risiko seseorang untuk  mendapat penyakit kronik seperti obesiti, koroni arteri, hipertensi, diabetes dan kanser adalah lebih rendah kerana kurang lemak tepu, kolestrol serta protein haiwan di dalam makanan yang  berasaskan vegetarian. Selain itu, gaya hidup sihat yang diamalkan oleh si penggemar vegetarian juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Seseorang yang mengamalkan diet vegetarian juga berpeluang untuk mendapatkan berat badan yang unggul dan ideal..

amacam korang semua rasa nak cuba tak produk-produk vegetarian ni?? tak salah kan kalau kita cuba sesuatu yang lain asalkan makanan tu dijamin bersih dan halal.. lagi pulak makanan vegetarian ni baik tuk tubuh badan kita.. 

No comments: