Wednesday, February 27, 2013

nak sihat??

   سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hari ni memandangkan mud fa yang baik dan berbunga-bunga, jadi fa nak review sikit pasal makanan yang berasaskan vegetarian ni.. kemain lagi kan fa ni nak pomot makanan vegetarian padahal diri sniri pun tak makan sayur.. kalau tak suka makan sayur pun boleh jadi vegetarian hape.. banyak produk yang halal dan bersih yang berasaskan vegetarian dan yang pastinya meat free.. dulu fa seniri pun tak tahu maksud vegetarian yang sebenarnya.. asal dengar perkataan vegetarian je mesti terbayangkan sayur sawi yang hijauu lagi pahit tu..ewwww.. sebenarnya makanan vegetarian ni boleh divariasikan..takla terhad kepada sayuran je.. kalau asa nak makan ayam vegetarian pun ada, daging vegetarian pun ada..pecaya tak belacan vegetarian pun ada dan fa pun dah pernah cuba belacan vegetarian.. guna buat sambal belacan dan hasilnya slruppppppp sedap hingga menjilat jari.. 

Vegetarian didefinasikan sebagai seseorang yang hanya mengambil makanan daripada hasil tumbuhan, sayur-sayuran, biji-bijian dan kekacang sahaja. Istilah vegetarian terhasil pada tahun 1947 dan pertama kali digunakan pada tanggal 30 september oleh Joseph Brotherton di Northwood villa. Vegetarian berasal daripada bahasa latin iaitu ‘vegetus’ yang bermaksud sihat, segar  dan hidup. Pada zaman purba makanan vegetarian hanya tertumpu kepada penggunaan bahan utama iaitu sayur-sayuran sahaja. Namun makanan vegetarian telah divariasikan dan diolah menggunakan tepung, kacang soya dan banyak lagi. Hasil olahan ini juga dapat membuatkan masakan vegetarian tersebut mempunyai rasa dan tekstur yang sama seperti daging, ayam, udang  dan sebagainya.

Sihat atau sakit seringkali dipengaruhi oleh gaya hidup dan pemakanan seseorang. Namun pada masa kini semakin ramai orang mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, antaranya ialah mengamalkan diet vegetarian. Terdapat banyak faktor yang mendorong seseorang untuk mengamalkan diet vegetarian. Antaranya ialah faktor kesihatan, faktor kepercayaan agama dan faktor perlindungan alam semulajadi. Melalui kajian saintifik oleh Burr & Butland pada tahun 1988, pengambilan diet yang sihat seperti memperbanyakkan pengambilan makanan vegetarian menyumbang kepada lebih banyak kebaikkan daripada keburukkan. Hal ini terbukti apabila kajian yang dilakukan menunjukkan risiko seseorang untuk  mendapat penyakit kronik seperti obesiti, koroni arteri, hipertensi, diabetes dan kanser adalah lebih rendah kerana kurang lemak tepu, kolestrol serta protein haiwan di dalam makanan yang  berasaskan vegetarian. Selain itu, gaya hidup sihat yang diamalkan oleh si penggemar vegetarian juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Seseorang yang mengamalkan diet vegetarian juga berpeluang untuk mendapatkan berat badan yang unggul dan ideal..

amacam korang semua rasa nak cuba tak produk-produk vegetarian ni?? tak salah kan kalau kita cuba sesuatu yang lain asalkan makanan tu dijamin bersih dan halal.. lagi pulak makanan vegetarian ni baik tuk tubuh badan kita.. 

Saturday, February 16, 2013

BOSANGG...

assalamualaikum...


baaaa chakk!! okee tak terkezut kan???.* tiba-tiba asa nak lari nyorok dalam selimut *.. petang sabtu yang paling bosan fa rasa sepanjang bulan feb ni.. mna tak bosannya satu hari tak de keja nak dibuat.. semua pakat duk cuti lagi.. jadi fa punya mud pun mud cuti lagi.. aishh ngade-ngade btoi fa neh.. okehla fa nak kemas-kemas nak balek da ni.. jumpa lagi.. tatatititutuu.. 







Thursday, February 7, 2013

dIManA aDa KemAhUaN, Di sItU aDa JaLaN

                                سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


selamat tengahari semua.. alhamdulilah setelah berpenat-lelah selama satu minggu hari ni fa sempatlah nak godek belog buruk fa neh.. hehe.. setiap kali fa nak sebukkan diri tuk mengupdate belog mesti ada keje yang nak kena buat.. jadi nak tak nak fa terpaksala dahulukan yang mana penting dulu..

opismate fa sepanjang minggu ni semuanya dalam mud raya... semua  duk cakap  pasal raya ja.. fa pun tumpang dengarla kan.. yela bagus juga bila dapat blaja tentang adat dan budaya masyarakat lain kan..

kita seniri pun kalau bulan puaasa je wahh kemain lagi eksited nak raya.. padahal puasa baru 1 satu hari.. samala juga dengan dengan org china n india nie.. kalau nak raya je eksitedd kauu.. tetiap minggu g sopink baju raya.. kalau boleh satu mall tu nak borong baju raya..

fa plak sekarang ni sibuk duk diy doorgift tuk majlis fa t insyaAllah.. fa ni bukanlah jenis tangan yang berseni..tapi disebabkan rajin yang melampau fa cubala gagahkan diri  tuk menjadi  seorang yang berseni.. hehe.. bukan apa sebenarnya lagi puas kalau kita buat sendiri untuk majlis kita tu.. macam kes hantaran tunang fa hari tu.. mau pecah kepala asik duk mikior cmno ha nak buett.. fa tak nak upah orang sebab bagi fa majlis tu sekali je dalam seumo hdp fa.. so biarlah apa-apa pun daripada hasil titik peluh fa sendiri.. berbulan-bulan gakla fa mencari idea, survey dekat tenetla, buku pengantinla, pgi kedai-kedai yang juai brg hantaranla.. alhamdulilah akhrnya menjadi gak hantaran buatan fa.. ngeh,ngeh.. 

untuk mini pelamin pun sama.. jenuh godek tenet.. duk cari idea tuk buat mini pelamin.. fa ni jenis yang cerewet sikit.. everything fa nak yang simple tapi bila tengok mcm suweett gitewww.. mamala yang banyak bagi idea.. so memang sangat berpuas hatila bila tengok hasilnya.. Bagi fa kalau kita tak pandai mcmna sekalipun.. tapi bila ada semangat dan usaha insyaAllah akhrnya kita boleh gak buat.. yang penting terus cuba dan mencuba..


p/s : pesanan untk diri fa semua readers kesayangan fa juga :)