Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

salam maulidur rasul buat semua.. marilah kita semua bersama-sama selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. Fa yakin mesti hari ni ramai orang yang tengah bercuti dan ramai jugak yang berarak sambil menyambut maulidur rasul.. fa pun niat hati nak join juga orang kampung fa berarak.. tapi apa kan daya fa terpaksa bekerja hari ni.. sesapa yang senasib dengan fa jangan sedih nohh.. sambil-sambil wat keje tu bolehla berselawat .. korang semua msti tahu kan tema maulidur rasul pada tahun ni adalah wasattiyah tonggak kesatuan ummah.. kalau diterjemahkan 'wasattiyah' adalah dari perkataan wasat yang bila kita tukar ke bahasa melayu mksudnya adalah 'sederhana'. pada pandangan fa tema maulidur rasul kita pada tahun ni selaras dengan hakikat kerasulan dan serta boleh menjadi ajaran buat semua umat islam di muka bumi ni.. bagi fa kita semua patut mengambil pengajaran daripada tema tersebut.. untuk menjadi umat yang berjaya, kesederhanaan adalah tonggak bagi setiap umat manusia di muka bumi ini .. dan secara tak langsung bila adanya perasaan sederhana di dalam diri setiap umat maka wujudnya sikap adil,saksama dan sentiasa berakhlak.. sebagai seorang umat Nabi Muhammad S.A.W kita seharusnya lebih memahami konsep dan maksud sebenar sambutan maulidur rasul yang sebenar-benarnya.. kerana dengan memahaminya kita jutaan umat nabi Muhammad akan memperolehi ciri-ciri yang baik di dalam diri sejajar dengan konsep wasattiyah.



p/s : Salam Maulidur Rasul buat semua umat Nabi Muhammad S.A.W.. 

No comments: