Wednesday, December 12, 2012

Renungkan ..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

salam 1 malaysia..ewah tiba-tiba lak petang ni bersemangat patriotik.. bukan apa tadi fa terbaca satu artikel ni pasal 1 malaysia n dalam masa yg sama gak fa  kaitkan khdpn fa dengan artikel tu juga.. fa tertarik bila kat dalam tu ada gtau *Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat  berbilang kaum perlu menganggap dirinya sebagai seorang  ahli dalam satu  keluarga besar ‘keluarga Malaysia’*. fa kaitkan dengan life fa sbb sekarang ni fa keja dengan bos cina n pekerja-pekerja lain semua pun chinese dan untuk pengetahuan semua,fa merupakan satu-satunya pekerja yang berbangsa melayu dekat ofis ni.. memula tu macam tak boleh belah gak..yela kan fa langsung tak faham apa yang depa cakap.. depa plak mcm tak boleh nak terima bangsa lain masuk ke komuniti depa.. tapi lelama alhamdulilahla, berkat kesabaran n berkat bos fa yang baik hati.. dah 6 bulan pun fa dekat cni.. sekarang pun fa da makin kamceng dengan geng-geng tempat keja fa ni.. fa puji dengan semangat gomen sebab tubuhkan gagasan 1 malaysia.. bila adanya perkataan 1 MALAYSIA ni rakyat malaysia tak kira bangsa n agama akan terus bersatu. masa zaman skola dlu fa slalu cakap " alahh tak sesuai langsung nak kawan dengan budak cina n india. depa bukan orang islam..tamaula kawan dengan depa". kolot sggh pemikiran fa time tu. padahal dekat kawasan rumah fa ada jek jiran yang berbangsa cina dan india. bila da besar bak gajah ni fa dah mula pandai bergaul dengan orang, then masa tu barula terbuka sikit minda dan pemikiran fa ni. sebenanrnya manusia ni sama je cuma yang membezakan kita adalah agama masing-masing. so da jadi tanggungjawab kita semua untuk respect agama  dan kepercayaan masing-masing..fa rasa kalau kita amalkan cara hidup macam tu tak da masalah tuk kita hidup aman damai.. tak kirala cina ke, india ke, melayu ke sama jek.. ada yang baik perangainya dan ada yang buruk perangainya.. jangan kita asyik nak tunding jari dekat orang.. bila kes mat rempit je kaum india n cina asik salahkan orang melayu.. katanya budak-budak melayu semuanya jahat-jahat dan kaki rempit. kalau kes pecah rumah pula asik duk tuduh orang india. kononnya remaja india ni suka pecah rumah orang. tapi kalau kes gaduh plak kaum cina pulak dapat nama.. patutnya bila jadi kes mcm ni kita berganding bahu tuk cari jalan penyelesaian agar negara kita tak jadi kucar-kacir bukannya nak gaduh dan lepas tunding jari dekat semua orang di sekeliling kita.. 


p/s : entry fa kali ni tak de kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia serta  tidak melibatkan isu politik secara langsung atau tidak langsung.. sekadar renungan buat kita semua termasuk renungan tuk fa sendiri :)

No comments: