Thursday, January 31, 2013

sihat sepanjang waktu

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


wahhh fa pasti mesti semua orang ni masih dalam mud bercuti kan..yela 3 hari cuti mana tak bess..maunya berbaloq nak p keja ni..semalam hari 1st fa keja lepas brapa hari sonok bercuti..yang paling bez cuti fa kali ni very d spesial..jalan sakan dengan en.tunang..kebetulan en.tunang ajak fa attend kenduri kawen kawan dia..fa macam biasala pantang diajak p mana-mana..kaki ni rasa gatall je..keke.. macam biasala bila sonok sangat cuti.. abes smua hilang mud nak pegi keja..tambahan mud nak bangun pagi..selalunya msa odw pgi keja fa akan sggh beli bekpes dulu.. tapi smalam memangla tak sempat.. elok pulak pegi opis keja melambak.. wat keja sampai tak tengok kiri kanan..sampaila ke pkoi 11 lebih fa asa satu badan fa smua lemah.. adehhh nak pitam bagai tyme tu.. fa pun pelik asalla tetiba fa jadi gitu.. sebelum-sebelum ni tk penah plak sampai asa nak pitam...then terusla fa pgi pantri capai biskut dan bancuh milo panas.. barula fa asa tenaga sikit.. tu pun kpla still rasa macam nak angguk-angguk geleng-geleng..bila tengahari tu fa makan nasi sampai tak ingat apa-apa dah..agak-agak kalau kawan fa kak timah tengok maunya dia kata fa ni membela..hoho..mujurlah sangat fa tak diserang gastrik hari tu.. law tak adehh tak tahu cmno eh nak cakap.. msti kena pot pet pya dgn en.tunang+mama+abah.. so after kejadian tu fa da serik wehh..so apa yang perlu fa wat nak elakkan menda cmni berulang...

1. mulakan dengan sarapan pagi..
* menda ni fa asa paling penting.. nak dapatkan tenaga mestila kena bekpes..tak kirala kalau cuma dapat makan sekeping ja roti.. tu pun da berbaloi daripada duk biaq perot kosong..

2. dapatkan tidor yang cukup
* tidor pun kena pastikan cukup.. ni asik duk layan muvie ja tiap-tiap malam..lagi plak kalau tengok cita romance, kena plak ada hero yang ansom..wahh mau tak tido malam gamaknya..dahla tu masa tidor pun asik duk mimpi n berangan pasal hero dalam cita tu.. * fa slalu wat gini..hehe*.. fa ada terbaca yang "Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan". dan memang betoi pun..kalau tidor lewat sok paginya kita akan letih..pas tu ngantuk je memanjang.. so lepas ni buat diri fa n semua kengkawan katakan tidak pada tidor lewat malam..hehe

3. jangan terlampau stress
* yang ni pun sangat penting..menda ni selalu berlaku kat semua orang.. fa pun selalu mengalaminya.. stress masa belaja dulu, stress pasal cintan-cintun, stress pasal orang sekeliling, stress pasal duit.. mak aihh banyaknya stress.. nak sentiasa sihat dan bebas daripada gangguan jerawat.. jauhilah stress.. betol fa tak tipu sbb fa selalu stress then jerawat pun dengan galaknya nak menempek kat muka fa neh..hehe.. fa pun msih belaja cara nak tangani stress.. cuma satu yang fa boleh share dengan semua orang.. bila stress cuba selam muka dalam air dan jerit sepuas hati.. lepas tu akan rasa lega sikitla.. tak caya cuba try mcm yang fa cakap ne..
muka fa stress cam ginila..kekeke





p/s : pesanan tuk diri fa dan semua yang sudi singgah ke belog buruk fa (^^)

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

salam maulidur rasul buat semua.. marilah kita semua bersama-sama selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. Fa yakin mesti hari ni ramai orang yang tengah bercuti dan ramai jugak yang berarak sambil menyambut maulidur rasul.. fa pun niat hati nak join juga orang kampung fa berarak.. tapi apa kan daya fa terpaksa bekerja hari ni.. sesapa yang senasib dengan fa jangan sedih nohh.. sambil-sambil wat keje tu bolehla berselawat .. korang semua msti tahu kan tema maulidur rasul pada tahun ni adalah wasattiyah tonggak kesatuan ummah.. kalau diterjemahkan 'wasattiyah' adalah dari perkataan wasat yang bila kita tukar ke bahasa melayu mksudnya adalah 'sederhana'. pada pandangan fa tema maulidur rasul kita pada tahun ni selaras dengan hakikat kerasulan dan serta boleh menjadi ajaran buat semua umat islam di muka bumi ni.. bagi fa kita semua patut mengambil pengajaran daripada tema tersebut.. untuk menjadi umat yang berjaya, kesederhanaan adalah tonggak bagi setiap umat manusia di muka bumi ini .. dan secara tak langsung bila adanya perasaan sederhana di dalam diri setiap umat maka wujudnya sikap adil,saksama dan sentiasa berakhlak.. sebagai seorang umat Nabi Muhammad S.A.W kita seharusnya lebih memahami konsep dan maksud sebenar sambutan maulidur rasul yang sebenar-benarnya.. kerana dengan memahaminya kita jutaan umat nabi Muhammad akan memperolehi ciri-ciri yang baik di dalam diri sejajar dengan konsep wasattiyah.



p/s : Salam Maulidur Rasul buat semua umat Nabi Muhammad S.A.W.. 

Monday, January 14, 2013

E-day :)

assalamualaikum..
da lama kan fa cakap nak upload gambo sepanjang majlis pertunangan.. so hari ni fa da tunaikan janji fa tuk upload gambo syok sniqi fa..heheh.. sila layankannlaa yee



mama yang sentiasa ada dengan fa..

fa punya future mother in law..


tepak sirih

sponsored by mak su.. tq so much mak su

from fa to en. tunang..

me with en.tunang plus mini pelamin yang direka by mama :)

sesi perbincangan.. haa yang bercermin mata tu tok wan fa :)
yang wana oren tu hantaran daripada pihak en.tunang :)

sesi fotografi with my besties.. thnx gurls always beside me..




Saturday, January 5, 2013

alhamdulilah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

baaa chakk.. setelah beberapa hari tak jejakkan kaki ke blog buruk fa neh.. hari ni berkesempatan gak. keadaan kesihatan fa yang tak berapa nak okies pun sebabkan fa tak sempat nak buat ape-ape pun..memula demam lepas tu baik..lepas tu smbung demam balik.. wuarghhh sampai sekarang pun selesema tak habis-habis lagi.. memang letih nak ngadap demam ni.. tapi tak boleh ngeluh sebab mungkin tu satu ujian yang Allah nak kc kat fa..so terima dengan hati yang terbuka.. sebenanrnya hari ni fa nak story pasal satu majlis ni..  31/12/2012 ri tu secara rasminya fa telah menjadi tunangan kepada en. mohd fandey.. alhamdulilah majlis yang dihadiri oleh jiran tetangga n kengkawan fa telah pun berlangsung dengan jayanya.. planing punya planning akhirnya berjalan dengan lancar.. thanx tuk kengkawan fa yang sama-sama bertungkus-lumus tolong fa sehari sebelum majlis diadakan.. insyaAllah t fa akan update lagi pasal majlis pertunangan fa dengan en. fandey ye... 




sekadar renungan bersama  : Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.