Monday, January 14, 2013

E-day :)

assalamualaikum..
da lama kan fa cakap nak upload gambo sepanjang majlis pertunangan.. so hari ni fa da tunaikan janji fa tuk upload gambo syok sniqi fa..heheh.. sila layankannlaa yee



mama yang sentiasa ada dengan fa..

fa punya future mother in law..


tepak sirih

sponsored by mak su.. tq so much mak su

from fa to en. tunang..

me with en.tunang plus mini pelamin yang direka by mama :)

sesi perbincangan.. haa yang bercermin mata tu tok wan fa :)
yang wana oren tu hantaran daripada pihak en.tunang :)

sesi fotografi with my besties.. thnx gurls always beside me..




Saturday, January 5, 2013

alhamdulilah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

baaa chakk.. setelah beberapa hari tak jejakkan kaki ke blog buruk fa neh.. hari ni berkesempatan gak. keadaan kesihatan fa yang tak berapa nak okies pun sebabkan fa tak sempat nak buat ape-ape pun..memula demam lepas tu baik..lepas tu smbung demam balik.. wuarghhh sampai sekarang pun selesema tak habis-habis lagi.. memang letih nak ngadap demam ni.. tapi tak boleh ngeluh sebab mungkin tu satu ujian yang Allah nak kc kat fa..so terima dengan hati yang terbuka.. sebenanrnya hari ni fa nak story pasal satu majlis ni..  31/12/2012 ri tu secara rasminya fa telah menjadi tunangan kepada en. mohd fandey.. alhamdulilah majlis yang dihadiri oleh jiran tetangga n kengkawan fa telah pun berlangsung dengan jayanya.. planing punya planning akhirnya berjalan dengan lancar.. thanx tuk kengkawan fa yang sama-sama bertungkus-lumus tolong fa sehari sebelum majlis diadakan.. insyaAllah t fa akan update lagi pasal majlis pertunangan fa dengan en. fandey ye... 




sekadar renungan bersama  : Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Friday, December 28, 2012

selamat datang 2013

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

bismillahirahmanirahim..
selamat ptg uolls.. fa pasti mesti ramai yang tengah bermalas-malasan dekat tempat keja kan sekarang ni.. maklmlah cuaca sekarang ni kan redup-redup giteww... syiokk kalau dapat tido sambil mimpi yang indah-indah kan..hari ni merupakan hari jumaat yang terakhir di tahun 2012..next week kita akan melangkah ke tahun baru dan secara automatiknya umo fa pun akan bertambah ke ang 2++.. masa berjalan sangatlah cepat.. time-time cegini sure punyalah ramai orang duk sebuk nak cari azam baru.. mudah-mudahan kedatangan tahun 2013 akan membawa perubahan ke arah yang lebih baik untuk kita semua kan.. daripada miskin jadi kaya, daripada sakit boleh jadi sihat,.jangan toleh lagi kat belakang.. walau apa pun yang pernah berlaku di tahun 2012 jadikan semua tu sebagai satu pengajaran tuk kita sama-sama belajar..dan sekiranya  tahun 2012 adalah tahun kemenangan tuk kita ,, janganla duk syok terlebih tapi jadikan kemenangan tu sebagai satu semangat tuk kita lebih sukses di tahun 2013 dan di tahun-tahun yang akan datang insyaAllah.. pesan tuk diri fa dan semua yang sudi singgah di belog buruk fa neh...



Monday, December 24, 2012

~MENYIBUKKAN DIRI~


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

maapla ye hari ni fa tak boleh meringankan tangan untuk menghapdate belog sebab hari ni hari sibuk sedunia.. * sebuk ngalahkan YB jek fa ni..ngeh..ngeh..ngeh..*.. lagi pulak esok kan cuti.. sebab tu fa terpaksa siapkan keja-keja yang melambak ni dengan secepat mungkin.. okiesla fa da nak siap-siap untuk balik rumah ni.. doakan fa selamat sampai ke rumah yee.. insyaAllah lepas ni fa akan kembali dengan cerita yang terbaru ye.. ( ^^, )



p/s : tq tuk yang sudi datang jenguk belog buruk budak kecik ni yee.. jangan malu-malu tuk tinggalkan jejak .. :)

Friday, December 21, 2012

~~Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru~~


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


okies kali ni fa nak join segmen yang dianjurkan oleh blogger pemess giteww.. hopefully segmen yang dianjurkan oleh en. hasrul ni dapat menambahkan kawan-kawan blogger fa lagi..ngeh,ngeh..

sebab apa fa nak join sangatkan segmen ni ???

1. sebab fa nak tambahkan ramai kenalan dalam blogger fa ni.. tak kira tua,muda, cina atau india.. 
2. sebab fa nak lebih aktif dan serius dalam dunia blogger ni.. bila da ramai kenalan surela fa boleh minta tunjuk ajar pasal dunia blogger ni kan,kan,kan??


3 blog yang menjadi pilihan hati fa dan fa asa memang sesuaila jadi blogger pemes tuk tahun ni...jeng,jeng,jeng..

1. blog yang bagi fa memangla pemess gitew.. kalau fa tak cakap pun memang korang semua da tahuu kan.. followerss pun dah cecah ++++++++.. baaa chakk.....ni la blog yang fa asa layak tuk jadi blog pemes 2012. :)





2. kali ni plak fa pilih blog yang penuh dengan informasi..tak kirala berita yang very the latest pun boleh kita dapat dekat blog dia ni.. semudah 1,2,3 ja kalau nak dapat informasi terutamanya pasal kisah retiss..cuma perlu klik pada link ni http://lulu-pages.blogspot.com msti korang akan jupa informasi-informasi yang terbaru.. tak cayaaa ke.. cuba korang usha-usha blog lulu caldina..



3. belog yang last skali surela tuan tanah kepada blog yang anjurkan segmen ni.. tak lain tak bukan blog http://www.hasrulhassan.com.. walaupun sebelum ni fa jarang-jarang update belog buruk fa neh tapi fa selalu mai usha belog hh.. mgkin sebab banyak juga informasi dekat belog hh kot buatkan fa tertarik nak lawat belog tu..


~fafa~

dulu vs sekarang

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

dulu-dulu
hari-hari dapat duit skola..makan pakai semua ditanggung..tak payah penin-penin pikir pasal masalah yang ada kat sekeliling kita pun especially masalah duit.. masa tu memang pemes dengan ayat ada aku kesah " kalau mama n abah takda duit ", ada aku kesah " kalau keta abah takda minyak" ada aku kesah " kalau mama n abah tak boleh beli beg baru, baju baru, kasut baru " ada aku kesahhhh semuanya... langsung tak peka dengan masalah kat sekeliling.. yang fa kesahnya hari-hari balik skola makan da tersedia.. bila raya pula mesti nak baju+kasut+seluar baru.. bila cuti skola plak msti nak ajak parent g jejalan walaupun masa tu parent ada masalah duit..

sekarang
bila da keja ni.. barula tahu nak kesah pasal macam-macam masalah.. bila time poket da kosong barula nak kesah kenapala kena servis keta bulan ni.. kenapala kena repair hp bulan ni.. kenapala bil celcom tinggi bulan ni..kenapa,kenapa n kenapa.. *baru padan ngan muka aku..huwaaarghh *.. awal bulan bila da dapat gaji plak lagila banyak benda nak kena kisah.. kesah nak kena bayar bil astro, kisah nak kena bayar bil celcom, kisah nak kena bayar keta..kisah nak kena isi minyak keta tiap-tiap minggu.. mak aihh banyaknya yang fa kena kesahh..


so bila sekarang ni barula fa faham yang dalam hidup kita banyak benda yang kita kena kisah.. tak boleh asik cakap ada aku kesah..hidup pun bukannya semudah A,B,C.. Masa belaja bolehla nak rasa nikmatnya hidup ni.. masa da keja, masa dah ada femily sniri barula tahu apa tu maknanya kesusahan.. sebab tula orang tua-tua slalu cakap " bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"..



p/s :renungan tuk fa seniri dan tuk semua orang lain.. peaca ya ^,^ 

Thursday, December 20, 2012

amanlah malaysiaku


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

selamat petang...
uhuk,uhukk.. hari ni memang hari yang memenatkan.. nasibla fa sempat gak curik-curik update kat blog buruk fa neh.. ari ni pun ari stress fa.. mana tidaknya banyak paper work yang fa nak kena siapkan sebelum fa bercuti 29/12 till 1/1.. alahai agak-agaknya sempat ke tidak haa??? nampak gaya kenala fa kelek menda-menda alah tu bawak balik rumah.. okehhla fa tak nak cita lebeh-lebeh pasal keja fa.. nanti tak pasal-pasal ada yang muntah sbb bosan..ngeh,ngeh,ngeh.. pagi tdi after subuh fa smpatla fa godek-godek fb fa.. baru fa perasan yang sekarang ni tengah kecoh pasal pergaduhan antara orang melayu n orang india.. nampak sangat yang fa ni ketinggalan zaman.. cerita berabad fa baru tahu ngeh,ngeh,ngeh...fa bukan apa, sibuk sgt sbb tu langsung tak tahu mende apa.. lagipun tak masuk dalam berita pun kan.. so mmg logikla fa tah tahu mende...hihi..tapi kan banyak sangatla versi yang fa baca.. ada yang crta macam nila, ada yang crta macam tula.. mana satu yang betul pun fa tak tahu.. siap ada yang kabo ada yang hilang nyawa bagai.. wallahualam.. fa pun tak berani cakap lebih coz fa tak da kat tempat kejadian tu.. cuma bila fa baca daripada blog-blog orang dan daripada status-status fb orang fa terfikir mcmnala boleh jadi mcm tu.. kita ni hidup dah pun aman damai.. tak payahla nak merosakkan keamanan tu.. kat palestin sana pun tak reda lagi takkan kita kat sini nak perang pula.. nauzubillah.. dan ada juga statement yang fa baca tu seolah-olah menyalahkan sebelah pihak ja..bagi fa la tak payah kita nak tunding jari kat sesapa..orang india atau orang melayu pun ada salahnya.. tepuk sebelah tangan mesti tak bunyi punya.. yang paling seronok tu ada pula manusia yang ambil kesempatan bila jadi menda macam ni.. pesan fa janganlah kita buat apa-apa cerita kalau kita tak tahu hujung pangkalnya.. dapatkan kesasihan dulu pas tu barula nak cerita kat orang lain.. ini tak belum apa-apa da keluar macam-macam cerita, macam-macam versi cerita yang keluar pulak tu.. cuma fa berharap kejadian ni takla teruk seperti yang digembar-gemburkan dan sama-sama kita doa mudah-mudahan negara malaysia sentiasa aman.. 


p/s : pesanan tuk kita semua dan pesanan tuk fa sendiri..