Thursday, July 18, 2013

Raikan Cinta

Assalamualaikum.. 

sedar tak sedar sekarang da masuk 9 ramadhan. kejap je wehh fa duk rasa macam baru je kahwin tup tup dah masuk 9 ramadhan pun. macammana sambutan raya uolls tahun ni. ada planning apa-apa ke??? fa tahun ni napok gayanya bersederhana jela weh. yela kan baru je ngabiskan duit nak kawen ri tu. tapi pe pun syukur sangat sebab tahun ni insyaAllah dapat raya ngan en.somi... wehuuu!! okes dah melalut dah. fa ada janji kan dalam entry "aku terima nikahnya" yang fa nak sharing-sharing pasal majlis kenduri rumah fa kan. 

alhamdulilah majlis raikan cinta di rumah fa berjalan dengan smooth sekali. walaupun tak 100% sempurna tapi fa syukur sebab hari tu kesihatan fa sangat baik, cuaca pun baik, aturcara majlis pun seperti yang dirancangkan alhamdulilah. femily, kengkawan dan jiran tetangga yang dekat dan jauh pun datang nak raikan hari bersejarah fa dan en.somi. terima kasih yang tak terhingga buat semua yang datang dan ada juga yang fa tak terlayan sebab masa tu dah ramai sangat orang. terharu tau akak bila tengok kawan-kawan semua pakat datang.. sobs sobs sobs.. untuk akak2 fa, adik fa, kedua ibu -bapa fa, dan sahabat baik fa terima kasih dan sayang uolls semua ketat-ketat. fyi mereka-mereka nila orang yang paling banyak berkhidmat dari mula majlis pertunangan fa sampaila ke majlis raikan cinta fa. 



tarikh : 1. 06. 2013
tema  : pink 
tempat : taman seri desa
mua     : koleksi sri andaman 
photographer  : alif 


masa ni tengah tunggu en.somi bersiap. apa lagi pengapitku aka sahabat baik fa snapla dulu untuk buat kenang-kenangan



aiseh masa ni serius malu kauu.. yela jadi tontonan orang ramai. muehehe. nampak idung duk kembang-kempis je sebab duk tahan malu. hewhewhew


kedua-dua orang kakak fa. berbulan-bulan berkampung kat rumah fa semata-mata nak jayakan majlis fa. terima kasih ye k.ema n k.amy. :)



P/S : gambar yang selebihnya fa akan update lpas OP fa kasi keh :)





ya Allah ya Tuhanku, kau ilhamkanlah daku supaya aku tetap bersyukur dengan nikmatmu  yang engkau kurnikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal solleh yang engkau redhai  dan jadikanlah sifat kebaikkan meresap ke masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam ( yang tunduk patuh kepadamu )





Wednesday, July 17, 2013

aku terima nikahnya

assalamualaikum..

hari ni genaplah dua bulan fa menjadi isteri kepada en.somi.da pengantin lapuk pun.tapi da hati nak buat entry sal hari nikah.hewhewhew.biarlahh dah fa rajen nak mengerah otak fa hari ni.mueheheh okeh sebenarnya kalau ikut planning fa & en.somi akan nikah pada 31.05.2013,fa dan en.somi hanya merancang tpi semuanya dah ditetapkan. ceritanya cmni masa fa nak g submit borang permohonan nikah dan msa nak g interbiu nikah tetiba tok kadi gtau yang dia akan pergi umrah tarikh tu dan dia fa suruh fa  percepatkan tarikh nikah ataupun tunda dulu after dia balik dari makkah. halamakkkk ms tu ktaorang da gelabah teruk. nak tunda memang no la kannn. gile hapa nak tunda kad untuk majlis kenduri dan bertandang semua da siap tauu. takkan nak cipta sejarah sanding dulu lepas tu baru nikah. karang tak pasal-pasal femes fa dekat malaysia ni ha. so, bila kitaorang discuss balik en.somi ambil keputusan untuk percepatkan tarikh nikah jadi 17.5.2013.. gila hokeyy masa tu yela 2 minggu awal.. mental dan fizikal tak sedia lagi hokeyyy.. stress pun hado.. mana nak prepair mini pelamin lagik, mana nak setelkan kerja-kerja dekat opis lagik. memang serabut ya hamatla tyme tu. tapi alhamdulilah segala-galanya dipermudahkan. dengan sekali lafaz "aku terima nikahnya......" fa selamat menjadi isteri kepada en.somi. maka segala tanggungjawab abah selama 22 tahun telah bertukar di bawah bahu en.somi. dan makanya tittle anak manja abah pun terpaksa ditarik balikk...sobs sobs sobs... kalau nak tanya life fa after nikah?? alhamdulilah fa sangatlah heppy. yela dulu buat apa pun sensorang. tak libatkan sesapa. now bila da kawen nak buat apa-apa pun terpaksa tanya en.somi dulu. minta pendapat dan minta izin daripada dia dulu. dulu tido sensorang. nak tido cmna gaya pun tak kisah sebab katil tu memang hakula yang conquer.hewhewhew. now tido berdua tak boleh nak agresif sangat. tido kena sopan-sopan gitew lepas tu bila celik bijik mata je tengok en.somi kat sebelah..wuuuuuu syokk ohhhh. untuk majlis kenduri rumah fa dan untuk majlis bertandang rumah en.somi fa akan buat entry yang lain keh. layanzz je dulu gambo-gambo sekitar majlis nikah fa keh :)


tarikh    : 15.07.2013
tempat  : surau taman seri desa ( sebelah umah fa jek )
jam       : selepas asar
makeup : butik pengantin koleksi sri andaman https://www.facebook.com/koleksisri.andaman
photographer : alif https://www.facebook.com/Cheapshotphotoworks



masa ni berdebor menunggu saat bergelar isteri :)
alhamdulilah. akhirnya setelah berbagai onak dan duri ditempuhi. kita disatukan dalam satu ikatan yang sah ;)
mini pelamin fa.. fa sendiri dengan kakak-kakak fa yang designkan mini pelamin ni.. nak jimat punya pasalkan. hewhew. segala aksesori dan barang-barang untuk siapkan mini pelamin semuanya sdn bhd


bersama mama n abah yang tersayang. :)


p/s : kualiti gambar tak brape hokey sebab guna camera phone je ni.. insyaAllah bila da dpt gmbar daripada en.alif a.k.a photographer fa.. fa akan hapdate okeh :)





 "ya Allah ya Tuhanku..kau berkatilah kehidupan kami dan kau kurnikanalah kami zuriat yang soleh dan solehah"